Thursday, 8 February 2018

KAEDAH FIQH KE-4 : KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN





💜MELATI IDAYU BINTI ABDUL KAHAR (10DTK17F1012)  

💛HAAZIKAH BINTI MOHAMED NASER (10DTK17F1014)  

💚NUR BATRISYIA BINTI HASNAN HISHAM (10DTK17F1020)  

💙NUR ATHIRAH BINTI MOHD ZAFRI (10DTK17F1063) 








  

  
"Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan"

💚Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan membalas sesuatu dengan kemudaratan.

💚Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama , nyawa , maruah , keturunan , akal dan harta. 


Pecahan Kaedah :

💗 Kaedah Pertama: "Segala Perkara Itu Bergantung Kepada Tujuannya (Niat)"
💗 Kaedah Kedua: "Keyakinan Tidak Boleh Disingkirkan Dengan Syak"
💗 Kaedah Ketiga: "Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan"
💗 Kaedah Keempat: "Kemudahan Hendaklah Dihilangkan"
💗 Kaedah Kelima: "Adat Dijadikan Sebagai Rujukan Hukum"


Pengenalan:

Syariat Islam ialah penutup segala syariat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Syariat Islam bersifat syumul, mudah serta sesuai diamalkan sepanjang masa dan di mana-mana sahaja. Antara ciri-ciri kesyumulan Islam ialah mampu menyelesaikan pelbagai soalan yang timbul dan dihadapi oleh manusia berdasarkan pelbagai pendekatan dan kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak. Salah satu pendekatan yang digunakan oleh ulama Islam dalam menyelesaikan persoalan yang berlaku ialah kaedah Fiqh.

Pengertian Kaedah Fiqh:

Keadah Fiqh atau Fiqhiyyah merupakan gabungan dua perkataan Arab iaitu Qawaid dan Fiqhiyyah. Dari sudut bahasa, pengertian kaedah membawa maksud tapak,asas rumah dan prinsip. Fiqah pula membawa maksud suatu kefahaman iaitu memahami sesuatu perkara dengan mendalam dan terperinci.

Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan, maka kaedah Fiqh dapat diertikan sebagai suatu koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menentukan sesuatu isu atau masalah, seperti dalam aspek ibadah,perkahwinan, perubatan, ekonomi dan sebagainya. Penentuan hukum-hukum ini pula akan ditentukan berdasarkan kaedah atau formula tertentu.


Pembentukan formula teras kaedah Fiqh adalah berlandaskan tiga sumber, iaitu Al-Quran,hadis dan pendapat para sahabat Rasulullah SAW yang rapat dengan baginda. Secara umumnya, ulama telah membahagikan kaedah Fiqh kepada dua bahagian yang utama, iaitu:


Al-kuliyyah Al-Kubra - Kaedah yang disepakati oleh kebanyakan ulama yang merangkumi lima kaedah. Keistimewaannya boleh diaplikasi dalam semua bab Fiqh, bermula dari bab Taharah sehingga bab Jihad, dan dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi,seni, perubatan, pelancongan, hospitaliti dan sebagainya.


Kaedah Fiqh Al-Sughra - Himpunan sejumlah besar kaedah-kaedah Fiqh yang skop aplikasinya lebih kecil berbanding dengan kaedah Fiqh Al-Kuliyyah Al-Kubra.


Perbahasannya:


Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi mencapai kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Dalam hal ini, kaedah ini sebenarnya menjelaskan bahawa tiap-tiap perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan mudarat hendaklah dihapuskan. Kaedah ini adalah bersumberkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

     "(Islam itu) itu tidak boleh bahaya dan membahayakan".

                                                                       (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan sama ada kepada diri, orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, Islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.

Ukuran kemudaratan dengan merujuk kepada kesan buruk menurut perspektif agama di samping sistem piawaian berdasarkan norma masyarakat yang tidak bercanggah dengan tujuan dan prinsip syariat. Contohnya, penetapan batasan aurat kepada lelaki dan perempuan.

Kegagalan mematuhi etika ini akan mengundang kemudaratan kepada sistem nilai manusia. Pelbagai fesyen pakaian merupakan suatu kemaslahatan kepada konsep menghayati kecantikan dan keindahan. Namun begitu, fesyen pakaian yang boleh memudaratkan pandangan, perasaan, akal dan hati walaupun masyarakat mengiktirafkan fesyen tersebut, maka tetap dianggap haram dalam Islam. Asas kepada kaedah ini ialah hadith ini Rasulullah SAW:

Related image

Maksudnya : "Tidak dibenarkan melakukan kemudaratan dan membalas sesuatu dengan kemudaratan".


Perbincangan Aplikasi Kaedah:

➺Menolak kerosakkan menjadi keutamaan daripada mengambil kebaikan (mendahulukan tujuan menyingkirkan kemudaratan berbanding kebaikan).

➺Membantu menghilangkan kesukaran dan kemudaratan dalam hidup manusia. Contohnya : Ciptaan medium telekomunikasi audio dan visual dan ICT.


➺Membenarkan sesuatu yang asalnya terlarang atau haram untuk dilaksanakan atau digunakan. Contohnya : Keharusan doktor lelaki memandang aurat wanita sekadar yang perlu.


➺Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang setaraf dengannya. Penggunaan arak samada untuk diminum atau digunakan atas alasan biasa dihukumkan haram. Namun jika digunakan untuk menjadi penawar terbaik setelah gagalnya ubatan yang lain, maka penggunaan itu dibenarkan.



Rumusan:

Kesimpulannya, agama Islam adalah agama yang mudah. Islam memudahkan perkara yang kita anggap sebagai beban. Kaedah Fiqh yang keempat ini, kemudaratan mesti dihilangkan membuktikan bahawa Islam membantu kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan mudah. Islam menghalang kita melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri, orang lain dan alam sekitar. Kita hendaklah peka bahawa setiap apa yang ada dimuka bumi ini hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah S.W.T . Kita sebagai peminjam hendaklah memastikan bahawa kita menjaga apa yang kita pinjam daripada Allah S.W.T .

RUJUKAN:


  Politeknik Seberang Perai. Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.



No comments:

Post a comment

KAEDAH FIQH KE-4 : KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN

💜MELATI IDAYU BINTI ABDUL KAHAR (10DTK17F1012)   💛HAAZIKAH BINTI MOHAMED NASER (10DTK17F1014)   💚NUR BATRISYIA BINTI HASNAN H...